Wednesday, April 13, 2011

Technopreneur Development Division Portal

Source - Technopreneur Development Division Portal


Bahagian 1: Apakah itu Harta Intelek?
Bagi orang awam, istilah “harta intelek” adakah satu ungkapan atau terma undang-undang dan agak asing daripada kehidupan seharian kita. Tidak membawa makna lebih dari itu. Harta intelek atau IP, istilah biasa di dalam industri adalah perkara yang di sekeliling kita. Ianya boleh dijumpai pada pakaian kita, di dalam kasut yang sering kita pakai, malah ianya juga dipasang pada peralatan harian penting seperti PDA, PC dan telefon-telefon bimbit kita
.
Bagaimana ia boleh terjadi? Watak-watak kartun Mickey Mouse dan Donald Duck yang terpampang di T-shirt dan seluar anak-anak anda itu adalah kepunyaan The Walt Disney Company. Reka bentuk kasut sniker yang menawan itu pula kepunyaan Nike. Perisian sistem operasi Windows XP yang berfungsi di dalam PC anda adalah kepunyaan Microsoft Inc, dan semestinya, salinan Windows XP pada mesin anda itu bukan hak milik anda, anda cuma mempunyai lesen untuk menggunakannya sahaja. Seperti juga halnya dengan reka bentuk pemproses Centrino yang menjadi kepunyaan Intel Corp. Malahan, watak-watak fiksyen seperti Darth Vader hingga kepada Ironman, patung aksi, komik daripada filem-filem juga merupakan IP. Dan senarai ini tidak berhenti hanya di situ, dari kerja-kerja sehinggalah kepada perkara kegunaan harian yang berteknologi paling canggih, seseorang atau sesetengah syarikat di luar sana memilikinya dalam bentuk harta intelek.

No comments: