Monday, April 11, 2011

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (SUS)

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Universiti  Teknologi MARA dan SME Bank. Program ini merangkumi dua 
komponen iaitu Latihan Asas Keusahawanan Siswazah dan Tabung Usahawan Siswazah.  Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan 
tinggi.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Latihan ini dapat meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

2.2 Memberi latihan penyediaan Rancangan Perniagaan, pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan perniagaan.

2.3 Melayakkan peserta memohon pinjaman  Tabung Usahawan Siswazah


3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

3.1 Latihan Asas Keusahawanan Siswa dijalankan secara sepenuh masa selama 5 hari. Para peserta disediakan tempat penginapan sepanjang tempoh kursus.

3.2 Modul latihan meliputi aspek-aspek motivasi keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan, teknik mengenalpasti peluang perniagaan, kreativiti dalam perniagaan, penubuhan syarikat, penyediaan Rancangan Perniagaan serta pengurusan pemasaran dan  kewangan.

3.3 Latihan ini akan melayakkan siswazah yang menyertai skim ini untuk mendapatkan kemudahan pinjaman melalui Tabung Usahawan Siswazah (TUS) yang dikendalikan oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). TUS menyediakan pembiayaan antara RM20,000.00 hingga RM250,000.00

4.0 LATIHAN KEUSAHAWANAN SISWAZAH

4.1 Latihan ini diadakan pada setiap bulan.

4.2 Bayaran penyertaan sebanyak RM250.00 bagi persediaan penginapan, makan dan nota.

4.3 Latihan diadakan selama 5 hari 4 malam secara sepenuh masa.

4.4 Tempat latihan di sekitar Kuala Lumpur/ Sabah/ Sarawak atau lain-lain tempat yang akan dimaklumkan    oleh pihak urusetia.
   
4.5 Sijil Penyertaan akan diberi kepada peserta yang telah menamatkan kursus.

4.6 Para peserta layak untuk memohon Tabung Usahawan Siswazah (TUS) setelah tamat kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS).

4.7 Pengendali kursus yang dilantik adalah Pusat Pembangunan 
Usahawan Malaysia (MEDEC).

SYARAT PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN SISWAZAH

1. Tabung Usahawan Siswazah (TUS) disediakan oleh Kerajaan bagi pemohon yang telah mengikuti Latihan Asas Keusahawanan Siswazah yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) sahaja.
2. Pinjaman melalui TUS adalah untuk pembiayaan modal pokok dan/atau modal kerja. Ianya terbuka kepada semua jenis perniagaan kecuali pertanian, perlombongan, cyber cafe dan hartanah. 
3. Institusi kewangan yang menguruskan TUS ialah SME Bank:BANK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (M) BHD. 

SYARAT DAN KELAYAKAN
i. Lepasan Siswazah dari  Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam/ Swastadalam atau luar negara yang tamat pengajian tidak melebihi sepuluh (10) tahun dan umur tidak melebihi 40 tahun.
ii. Pemohon hendaklah memiliki  kelulusan Ijazah atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Malaysian Qualifying Agency (MQA) (dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
iii. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
iv. Mestilah pengusaha sepenuh masa atau pemilik majoriti perniagaan.
v. Kertas Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap sebanyak 5 salinan hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).4
vi. Telah menghadiri salah satu kursus asas keusahawanan iaitu Skim Usahawan Siswazah (SUS), Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS), Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) atau Program Francais Siswa (PFS) serta telah membuat persembahan  rancangan perniagaan  dengan Jawatankuasa Penilaian Awal di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

KEMUDAHAN PINJAMAN

i. Pinjaman yang disediakan adalah RM20,000 hingga RM250,000 untuk 
pembiayaan harta tetap atau modal kerja atau kombinasi;
ii. Membiayai keperluan harta tetap atau modal kerja projek perniagaan atau 
kedua-duanya;
iii. Kadar faedah 4% setahun;
iv. Tempoh bayaran balik satu (1) hingga lima (5) tahun; v. Tempoh pengecualian bayaran balik pinjaman diantara 6 hingga 12 
bulan;
vi. Bagi pinjaman modal kerja, Bank akan mengambil jaminan pihak ketiga; 
vii. Had pembiayaan 90% atas kos projek (termasuk kos guaman, duti setem dan insurans); dan 
viii. Pembiayaan secara konvensional dan syariah. Melalui borang permohonan SUS yang boleh didapati daripada:

CARA PERMOHONAN

Institut Keusahawan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
Aras 2 & 3, Blok Menara,
No 18 Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya, 

Laman web INSKEN : www.insken.gov.my
Maklumat lanjut, sila hubungi :
Institut Keusahawan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
Talian Utama : 603-88805005
Cik Fary Akmal Osman - Tel : 603-88805157

No comments: