Saturday, April 9, 2011

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan.
Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kelayakan Biasiswa Persekutuan


Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
  • Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kadar Biasiswa

Tingkatan 1-5 -RM 70 Sebulan
Tingkatan 6 sastera - RM 90 sebulan
Tingkatan 6 sains - RM 110 sebulan

Pe Permohonan

-Sekolah akan mengenal pasti pelajar yang layak 
-Pihak sekolah akan memohon kepada PEJABAT PELAJARAN DAERAH  DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI
-Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru berkenaan di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui nama mereka tersenarai dalam permohonan



TEMPOH PERMOHONAN

SABAH - 3-9 APRIL 2011

Sources: eputra

No comments: