Sunday, April 24, 2011

Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Syarat Akademik


1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan    Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemuduga.

Syarat Khas Program
1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

No comments: