Saturday, April 2, 2011

Best Paying Industry In Malaysia

Bagi saya, adalah amat penting untuk pelajar dan mahasiswa untuk mengetahui profession yang harus atau bakal mereka pilih. Terutamanya mereka yang masih lagi berada di bangku sekolah, mereka harus memilih kerjaya yang betul supaya tidak membuang masa , wang dan tenaga ketika mengambil keputusan memilih kerjaya tersebut.

Mereka juga patut bersedia, dari segi keperluan untuk melayakkan diri mendapat tempat dalam kerjaya tersebut.  Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menjadi doktor anda haruslah mempunyai latar belakang yang betul, iaitu mengambil mata pelajaran yang betul ketika berada di sekolah menengah. Begitu juga dengan yang lain. Banyak lagi persedian yang harus dilakukan, namun di sini saya ingin fokus kepada kerjaya yang menjadi pilihan di negara kita ini. 



Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, pemilihan kerjaya adalah amat penting dan ingat tujuan sebenar kita memilih kerjaya tersebut adalah untuk mendapat pekerjaan (selain dari minat).

Jadi berikut adalah antara industri pilihan dan berada di pasaran ( bahasa kasar=laku)

:::Pendidikan:::
1. Perubatan
2. Kejuruteraan
3. Perbankan
4.Sains dan Teknologi
5. Teknologi Maklumat
6. Business/ Management

7. Perundangan
Dalam setiap industri ini terdapat banyak lagi cabang-cabang bidang yang ada. Baca post yang seterusnya untuk maklumat lanjut.

No comments: